Assalamualaikum ~
Hello everbody. Hohoho hormon-hormon rajin datang dengan mendadak. Pecah rekod bulan ney hari cuti bangun awal. Pukul 7:30 pagi sudah terpacak berdiri, macam askar kena simbah air lagaknye. Ekeke. * tak dela awal sangat, pas subuh sambung mimpi balek. Ye perlu mention sebab nanti bila makcik-makcik yang ade anak bujang trang tang tang boley terpikat bila bace entry ney. *Err kalu ade lar. Hihihi gelak sopan.
Okay back on the track, kalu mengarut ney sampai subuh lusa pown tak habes-habes lagi. Disebabkan kerajinan yang melampau, saya masuk dapur buat dessert. Bukan tak pernah masuk dapur, masuk jerp mencekik. Jarang sangat nak menolong ney. Bukan malas tapi kurang rajin. Hehehe.
Jom check this out camner nak buat dadih. Tersangat lar senang buat mende alah ney, sambil makan kuaci pown boley buat tao. * okay tipu ! By the way nak mention, dadih ney ade banyak perisa, mangga, epal, keladi, jagung. Ikut suke tekak korang lar nak buat perisa ape. Macam saya pilih strawbery sebab saya suka pinky. HAHA ! Antara bahan-bahan yang diperlukan :
- Serbuk Dadih Buah-buahan (tak ade ney tak jadi lar dadih nye )
- 1 Tin krimer sejat @ susu cair ( tak kisah brand pape as long as susu cair )
- 100 gram Gula
- 3000 ml Air
- Bekas nak isi dadih
- Mula-mula didihkan air 3000 ml air, 100 gram gula dan 1 tin susu krimer sejat. Bila dah selesai masukkan semua bahan-bahan tersebut (air + gula + susu ) dalam periuk, kacau biar sebati. Then tunggu sehingga bahan-bahan tersebut mendidih. *Note : kalau nak cepat mendidih boley kuat kan api, tapi tak digalakkan. Saya jenis sabar (perasan ! ) so saya guna api kecik and tunggu sampai mendidih. :)
- Sementara tunggu mendidih korang boley lar sambung makan kuaci, tak pown choki-choki ker. Heee~ *Abaikan step num 2 ney.
- Bila bahan-bahan tersebut dah mendidih padamkan api, masukkan serbuk dadih dalam bahan-bahan dan kacau hingga sebati dalam 5 minit tak lebih tak kurang.
- Bila dah sebati, korang masukkan pulak gula buah-buahan. Mana nak dapat menda alah tuh ? Menda tuh da siap letak dalam pek dadih tuh.
- Then kacau lagi sampai sebati. Lepas da rase sebati boley lar tuangkan dalam bekas dadih. * Note : tak kisah lar bekas macam mane pown, as long boley nak letak dadih tuh.
- Dah siap isi, tunggu dadih sejuk then baru masukkan dalam freeze tuk dadih jadi pejal ( beku). Tapi bukan kat bahagian frozen. Letak tempat biasa sudah.
0 comments:
Post a Comment